KLINIK KHALIFAH, RAKAN KESIHATAN ANDA

Selamat Datang ke Klinik Khalifah

Di sini kami bersedia memberikan pelbagai servis dan rawatan kesihatan yang berkualiti untuk orang dewasa dan kanak-kanak dari pelbagai peringkat usia.

Klinik Khalifah Untuk Seisi Keluarga

Dari pemeriksaan rutin sehingga rawatan khusus, kami di sini sentiasa bersedia untuk memberikan rawatan kesihatan terbaik demi kesejahteraan anda seisi keluarga.

Doktor Berpengalaman

Barisan doktor kami terdiri dari pelbagai latar belakang pengalaman dalam arena perubatan dan telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam bidang perubatan.

klinikkhalifah-1
Doctors-klinikkhalifah

Visi Klinik Khalifah

Menjadi kumpulan klinik yang dipercayai kerana mampu memberi rawatan meluas kepada pesakit dan menjadikan komuniti setempat ke arah komuniti sihat.

Misi Klinik Khalifah

  1. Berdedikasi dalam memberi layanan kesihatan yang optimum kepada semua pesakit dan memastikan setiap pelanggan mendapat servis yang terbaik dari kami.
  2. Memberikan rawatan bersesuaian dengan harga mampu kepada komuniti setempat.
  3. Menyediakan rawatan dan servis meluas dalam bidang perubatan berdasarkan layanan patient centered.
  4. Menekankan rawatan secara holistik dan menyeluruh. Merawat pesakit dan juga ahli keluarga dari segi fizikal luaran dan dalaman.
  5. Bersedia untuk menerima kes-kes kecemasan dan rujukan tanpa menangguhkan rawatan standar.

KENAPA PERLU MEMILIH KLINIK KHALIFAH

Keutamaan kami adalah memastikan anda mendapat layanan yang baik, pemeriksaan yang menyeluruh, diagnosis yang tepat dan rawatan kesihatan yang berkesan.

Doktor Berpengalaman

Kami komited untuk memberikan penjagaan terbaik dan penyelesaian yang tepat untuk keperluan kesihatan anda.

Rawatan Terkini

Kami menawarkan rawatan yang menggunakan teknologi dan teknik perubatan yang terkini.

Hasil Terjamin

Kami berusaha untuk memberikan hasil rawatan yang berkesan kepada pesakit.

Peralatan Moden

Teknologi terkini ini membolehkan kami memberikan diagnosis yang tepat dan rawatan yang lebih efektif.

Servis dan Perkhidmatan yang ditawarkan

Kami menyediakan pelbagai servis dan perkhidmatan kesihatan untuk memenuhi keperluan anda dan keluarga.

Rawatan Am

Perkhidmatan ini merangkumi pemeriksaan kesihatan rutin, rawatan penyakit umum, nasihat pemakanan, dan pengurusan kesihatan secara harian.

VAKSIN HAJI, UMRAH, INFLUENZA, TYPHOID DAN LAIN-LAIN

Kami menyediakan pemeriksaan bagi bakal jemaah haji dan umrah bersama suntikan vaksin yang dianjurkan iaitu vaksin meningococcal (wajib), vaksin pneumococcal dan vaksin influenza yang disarankan. Suntikan vaksin Typhoid untuk pengendali makanan juga boleh didapati di klinik kami (atau kami hadir ke premis anda)

Rawatan kecemasan

Kami memastikan setiap pesakit kecemasan diberi keutamaan dalam menerima rawatan yang diperlukan dengan kadar segera tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan.

RAWATAN PESAKIT KRONIK

Kami menawarkan rawatan yang menyeluruh untuk pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, asma, dan kolestrol.

PEMBEDAHAN MINOR

Perkhidmatan ini merangkumi pembedahan kecil seperti buang kutil, buang kuku cengkam, buang tahi lalat, jahit luka kemalangan, pembedahan buang cyst dan lain-lain lagi.

SUNAT DEWASA & KANAK-KANAK

Kami menawarkan perkhidmatan sunat untuk dewasa dan kanak-kanak dengan pendekatan yang selamat, profesional, dan berkesan.

RAWATAN CUCI DAN JAHIT LUKA

Kami menyediakan rawatan susulan bagi cucian luka selepas pembedahan dan luka selepas kemalangan.

LAWATAN PESAKIT DI RUMAH

Kami turut menyediakan servis perkhidmatan lawatan pesakit di rumah untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan terutama bagi kes pesakit terlantar atau uzur.

SERVIS LAIN-LAIN

  • Ujian darah/ Ujian Denggi
  • Ujian air kencing
  • Laporan perubatan
  • Saringan kesihatan
  • Pemeriksaan kesihatan pra-pekerjaan
  • Pemeriksaan kesihatan Pelajar
  • Pemeriksaan kesihatan GDL & PSV
  • Pemeriksaan bakal Haji
  • Nebulizer
  • Vaksin Haji, Umrah, Typhoid, Influenza dll
  • Ultrasound abdomen
  • Rawatan sakit puan / scan cyst & fibroid
  • Scan ibu mengandung
  • Sedut kahak
  • Suntikan sendi lutut
  • Check baby jaundice (bilirubin)
  • Electrocardiogram (ecg)
  • Influenza/covid test

Klinik Khalifah Kajang Utama

COMPANY NAME

Klinik Khalifah Kajang Utama

ADDRESS

No 19, Taman Seksyen 2/13, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor

EMAIL

khalifah.kajang@gmail.com

TEL NO

017 8044 014

Klinik Khalifah Vista Bangi

COMPANY NAME

Klinik Khalifah Vista Bangi

ADDRESS

1-05, Vista Bangi, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

EMAIL

khalifah.vistabangi@gmail.com

TEL NO

012 2756 562

Klinik Khalifah Seksyen 3, Bangi

COMPANY NAME

Klinik Khalifah Seksyen 3, Bangi

ADDRESS

D-G-1, Jalan 3/38A, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

EMAIL

khalifah.seksyen3bangi@gmail.com

TEL NO

012 2475 525